change this with yours xxx
![]() Helped by xoxo Name Here Here Put Cho Links Name Here Here Put Cho Links Name Here Here Put Cho Links Name Here Here
|
❝Mujaheed❞
Thursday, 28 November 2013
Awanan kelam berarak perlahan.
Suria yang dulunya terbit riang kini mundur suram.
Angin bawakan berita khabarkan pilu dan derita.
Bedilan guruh hujan peluru basah merah bumi Anbiya.
Lihatlah dunia.
Telah mereka tayangkan semula kekejaman ini.
Anak kecil berteriak lemah,
Menyaksikan tubuh ibu dan ayah tiada lagi bernyawa.
Mayat bergelimpangan dijalanan,
rakus jasad mereka dirobek-robek.
Muslimah mulia itu tinggi nilainya,
dicabul maruah lalu diinjak-injak.
Mujahidin yang telah gugur,
Hancur badan disapu jentolak gergasi kebal.
Sampai bila harus kita menjadi penonton kezaliman ini ?
Mata ini,
Mata ini tak lagi mampu melihat mereka menangisi.
Mata ini tak lagi mampu melihat saudara dibunuh saban hari.
Sungguh .. Sakit mereka aku rasakan hingga ke lubuk hati.
Telah banyak jiwa-jiwa suci yang telah pergi.
Kami ingin untuk turut berjemaah sekali.
Menegakkan yang Haq walau ramai yang mencaci.
Bukan mati mereka takuti kerana Syahid yang mereka cari.
Allahu ghayatuna
Ar-Rasul Qudwatuna
Al-Quran dusturuna
Al-Jihad Sabiluuna
Al-Mautu fi sabilillah asma amanina
Dengar sini ikrar dan tekad kami berjanji,
Berkibar panji-panji kebesaran Illahi,
Berkobar jiwa dan raga kami berpegang pada agama ini,
Meletakkan cita-cita kami diaras paling tinggi.
Hei penentang agama kami,
Apakah kamu fikir dengan meragut nyawa kami
akan membuatkan perjuangan kami mati?
Apakah kamu fikir dengan memenjarakan kami
membuatkan perjuangan kami mampu kau halangi?
Apakah kamu fikir dengan menawarkan kami dunia
membuatkan perjuangan kami terhenti?
Tidak sekali kali.
Neraka cukup kau tawarkan pada kami,
Yang tak berdosa kau zalimi,
Darah kami dikanan dan kiri,
Bersimbah merah dunia jadi saksi,
Kami biar Allah yang mengadili.
Wahai perjuang-perjuang Islam,
Tahukah engkau Allah sedang merinduimu?
Engkau dipilih Dia untuk berada disaf-saf perjuangan ini.
Bangkitlah hai Mujahidin.
Mereka mampu mematahkan tulang-temulangmu,
Namun mereka takkan mampu melumpuhkan semangat jihadmu.
Jangan gentar kerana janji Allah itu pasti.
Telah tertulis namamu di Firdausi.
Maka berbahagialah kamu disana nanti.
Semoga penderitaanmu hari ini.
Akan segera berganti menjadi bahagiamu esok hari.
Karya dari Ukhti Iera yang disayangi♡♡
Jom sahabat sekalian, sama-sama kita berdoa agar saudara kita di sana di dalam lindungan Allah selalu. Nk gi berjihad kat sane jauh sekali, hanya doa yang mampu kite tembak ^_^ Ingatt, tembak doa selalu untuk semua saudara Islam kita. InsyaAllah. ☺
|


