A beat.
❝Mujaheed❞
Thursday 28 November 2013



Awanan kelam berarak perlahan. Suria yang dulunya terbit riang kini mundur suram. Angin bawakan berita khabarkan pilu dan derita. Bedilan guruh hujan peluru basah merah bumi Anbiya.
Lihatlah dunia. Telah mereka tayangkan semula kekejaman ini. Anak kecil berteriak lemah, Menyaksikan tubuh ibu dan ayah tiada lagi bernyawa. Mayat bergelimpangan dijalanan, rakus jasad mereka dirobek-robek. Muslimah mulia itu tinggi nilainya, dicabul maruah lalu diinjak-injak. Mujahidin yang telah gugur, Hancur badan disapu jentolak gergasi kebal. Sampai bila harus kita menjadi penonton kezaliman ini ?
Mata ini, Mata ini tak lagi mampu melihat mereka menangisi. Mata ini tak lagi mampu melihat saudara dibunuh saban hari. Sungguh .. Sakit mereka aku rasakan hingga ke lubuk hati. Telah banyak jiwa-jiwa suci yang telah pergi. Kami ingin untuk turut berjemaah sekali. Menegakkan yang Haq walau ramai yang mencaci. Bukan mati mereka takuti kerana Syahid yang mereka cari.
Allahu ghayatuna Ar-Rasul Qudwatuna Al-Quran dusturuna Al-Jihad Sabiluuna Al-Mautu fi sabilillah asma amanina
Dengar sini ikrar dan tekad kami berjanji, Berkibar panji-panji kebesaran Illahi, Berkobar jiwa dan raga kami berpegang pada agama ini, Meletakkan cita-cita kami diaras paling tinggi.
Hei penentang agama kami, Apakah kamu fikir dengan meragut nyawa kami akan membuatkan perjuangan kami mati? Apakah kamu fikir dengan memenjarakan kami membuatkan perjuangan kami mampu kau halangi? Apakah kamu fikir dengan menawarkan kami dunia membuatkan perjuangan kami terhenti? Tidak sekali kali.
Neraka cukup kau tawarkan pada kami, Yang tak berdosa kau zalimi, Darah kami dikanan dan kiri, Bersimbah merah dunia jadi saksi, Kami biar Allah yang mengadili.
Wahai perjuang-perjuang Islam, Tahukah engkau Allah sedang merinduimu? Engkau dipilih Dia untuk berada disaf-saf perjuangan ini. Bangkitlah hai Mujahidin. Mereka mampu mematahkan tulang-temulangmu, Namun mereka takkan mampu melumpuhkan semangat jihadmu. Jangan gentar kerana janji Allah itu pasti. Telah tertulis namamu di Firdausi. Maka berbahagialah kamu disana nanti. Semoga penderitaanmu hari ini. Akan segera berganti menjadi bahagiamu esok hari.

Karya dari Ukhti Iera yang disayangi

Jom sahabat sekalian, sama-sama kita berdoa agar saudara kita di sana di dalam lindungan Allah selalu. Nk gi berjihad kat sane jauh sekali, hanya doa yang mampu kite tembak ^_^ Ingatt, tembak doa selalu untuk semua saudara Islam kita. InsyaAllah.


COUPLE ITU HARAM!!
Thursday 7 November 2013

{{click pada gmbr untuk tumbesaran}}



Assalamualaikum, Salam Jumaah Mubarakah, sayyidul ayyam 4 Muharram 1435H.
Alhamdulillah, kita masih dihidupkan pada hari ini. Bagaimana dengan qalbi kita hari ini? Semoga di dalam keadaan baik selalu! Hari ni ana nk ceghitaa tentang COUPLE.  Sape lah dok tahu couple tu gape kang. Semua mesti tahu punyaa! Hmm, sedih.  Bace doh kan komik kat atas tu? Ada kesedaran dok lagi? Takdok? Hm, berat nanang boh.

Tahukah anda couple itu Haram?

"TAhuuu!"

Ramai yang jawab tahu, tapi berapa ramai yang sedang bercouple skrg ni? Allahu. Sedarlah. Jangan mempermainkan hukum Allah. Apa yang bestnya couple ni. Doh la tamboh dose, lagho, Allah murka pulok tu! Nauzubillah. Ok, stop sesi pembeleberan *berleter* -_-

*Pakwe saye baik. Pakwe saya caring. Hari2 otp. Hari2 dating.* uwekk. 

Sedarlah sahabat, orang lelaki yang  ajak enti bercouple ni tandanya PENGECUT. 'Mereka' hanya ingin mempermainkan kaum hawa. Kalau betul-betul sayang, cinta, pasti 'mereka'  berjumpa dengan ibu bapa enti untuk masuk meminang. Apa barang couple-couple ni.  Jangan bila 'rosak' baru nk menyesal. Nauzubillah min zalik.

Setiap perkara yang Allah kata Haram pasti ade keburukannya. Allah angkat martabat kita sebagai wanita. Sanggup ke kita nk jatuhkan? Allah! Ayuh sahabat. Allah itu Maha Pengampun. Maha Penyayang. Sampai bila nk hidup dalam kemurkaan Allah? Jom taubat. Allah bagi kita akal kan? Gunakan ia sebaik2nya. Sepanjang enti bercouple ni, ade ke masa enti ingat Allah? Kalau ada Alhamdulillah. Tu tandanya Allah masih sayangkan enti. Dahulukan cinta Allah, cinta Rasulullah, cinta pada agama, cinta pada ibubapa dan cinta pada diri sendiri.
Anda bijak jauhi Zina! 

Allah berfirman,
"Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sesungguhnya, suatu perbuatan keji, dan satu jalan yang buruk."

[Al-Isrã':32]

//INGAT! COUPLE ITU HARAM. JANGAN SESEKALI MENGHALALKAN YANG HARAM.
NASIHAT TANDA SAYANG
MOGA ALLAH REDHA




❞Syukur❞
Sunday 15 September 2013


Dunia.. Penuh dengan lakonan. Manusia yang tidak pernah ingin menghargai orang lain. Kadang-kadang jiwa ini memberontak. Aku keseorangan. Tiada peneman. Oh Tuhan! Namun, apabila fikir semula Bukankan Allah itu selalu ada? Menemani diri ini. Astaghfirullah. Adakah kira hargai? Adakah kita bersyukur? "Hari hari aku ucap Alhamdulillah." Ya! Betul. Bagus. Tapi, kau buat ke apa yang Dia suruh? "Err. Erm. Kadang-kadang aku lupa" Hah! Tu tandanya kau tak bersyukur. Cuba kalau orang bagi hadiah. Kau mesti ucap 'Terima Kasih' dan pasti membalas hadiah tersebut. Lebih-lebih lagi jika orang yang kau sayang bagi. Begitu juga bila kita bersyukur dengan nikmat Allah! Kita kena buat suruhan Dia. Solat jangan tinggal, Tutup aurat! Baca Al-Quran. dan tinggal semua laranganNya. Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. Ok? InsyaAllah! Jom kejar Cinta Allah! ♡♡

❝ARWAH IBU LAWAT JENAZAH ANAK (KISAH BENAR)❞
Saturday 14 September 2013



Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.


Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

//Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat. Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat. InsyaAllah! 

❝Kisah penggunting rambut dan pelanggan❞
Sunday 1 September 2013


Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.
Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.
“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut. Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.
“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.
“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan. “Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.
“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.
“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.
“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.
“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.
“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.
“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.
“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.
“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.
“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi.
Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.
Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.
“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri.
Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”
“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.
“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.
//Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun.

♡ Subhanallah. Alhamdulillah. Lailahailallah. Allahuakhbar

Older
Newer